Ahmad Said Nafi Taja Calon Tanding Ketua Bahagian

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan beliau menaja beberapa calon bagi merebut jawatan ketua Umno bahagian sehingga menyebabkan berlaku perpecahan dalam Umno negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu menegaskan dakwaan itu berupa cubaan untuk mempengaruhi anggota parti dalam membuat keputusan pada pemilihan peringkat bahagian dan sayap Umno negeri bulan depan.

"Itu spekulasi...saya sendiri didatangi orang tertentu kononnya mereka datang jumpa saya nak minta restu bertanding. Bagi saya, itu terpulanglah pada mereka.

"Lepas itu saya dapat cerita mereka bertanding sebab MB suruh, payahlah macam ni! Kita nak ambil sikap berdiam pun salah, cakap banyak pun salah. Orang nak ambil kesempatan bermacam caranya," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beliau menaja beberapa calon bagi merebut jawatan ketua bahagian dan kemungkinan berlakunya perpecahan dalam Umno Terengganu.

Katanya beliau menyeru supaya perwakilan menumpukan kepada matlamat dan kembalikan semangat setiakawan Umno demi memantapkan parti.

"Kita ada matlamat iaitu parti. Apakah menawarkan diri ini kita ada merasakan kebolehan untuk mendukung parti? atau kita hanya sengaja mahu puaskan hati kita dengan menjatuhkan maruah orang lain... nawaitu orang tu hanya individu itu sendiri sahaja yang tahu," katanya.

Ahmad turut mengesahkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut Nawi Mohamad menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Umno Bahagian Besut setelah pencabarnya, Adun Jerteh Muhamad Pehimi Yusof menarik diri.

Ini bermakna hanya bahagian Besut sahaja menang tanpa bertanding manakala tujuh lagi bahagian iaitu Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman akan menyaksikan pertemuan satu lawan satu hingga empat penjuru bagi merebut jawatan Ketua Umno Bahagian.

Pada Selasa, Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu menerima 15 borang permohonan menarik diri daripada bertanding bagi pelbagai jawatan dalam pemilihan parti bulan depan.

Sabtu lepas jawatankuasa pemilihan Umno negeri menerima 1,567 borang pencalonan melibatkan empat peringkat iaitu bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan