Umno Terengganu Terima 15 Borang Permohonan Tarik Diri Daripada Bertanding

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan Umno Terengganu menerima 15 borang permohonan menarik diri daripada bertanding bagi pelbagai jawatan dalam pemilihan parti bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno negeri Datuk Muda Mamat berkata permohonan itu diterima selepas tempoh bertenang tiga hari selepas penyerahan borang pencalonan Sabtu lepas tamat pukul 5 petang ini.

"Borang-borang ini akan dihantar ke ibu pejabat untuk pertimbangan dan senarai penuh pencalonan negeri ini yang bertanding akan saya umumkan esok di sini. Harap semua calon bersabar," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Pada Sabtu, jawatankuasa pemilihan Umno negeri menerima 1,567 borang pencalonan melibatkan pertandingan empat peringkat iaitu bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Ia melibatkan 601 borang untuk pertandingan jawatankuasa bahagian, 311 untuk Wanita, Pemuda (399) dan Puteri (256).

Umno Terengganu mempunyai lapan bahagian iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan