Sistem Pengurusan Aduan Bersistematik Akan Diwujudkan Di Semua Kementerian Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sistem pengurusan aduan yang sistematik dan berkesan akan diwujudkan di semua kementerian menjelang Julai tahun depan untuk memastikan semua aduan awam dapat diselesaikan dengan cekap, adil dan berkesan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata sistem yang sistematik untuk merekodkan aduan yang diterima dan juga menyelesaikan dalam tempoh yang masa yang ditetapkan penting untuk memperkasa pengurusan aduan di setiap kementerian dan agensinya.

Beliau berkata Biro Pengaduan Awam (BPA) sebagai sebuah badan pemantau akan menyelaras dan memantau pengurusuan aduan di setiap kementerian sehingga tindakan penyelesaian wajar diambil.

"Sistem pengurusan aduan yang sistematik ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan aduan kementerian dan agensi dengan lebih berkesan dan setiap aduan tidak terlepas pandang atau tiada tindakan diambil.

"Ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya pada satu sidang media selepas Seminar Pengurusan Aduan Bira Pengaduan Awam 2013 di sini Selasa.

Turut hadir Ketua Pengarah BPA Datuk Mahani Tan Abdullah, Ahli Lembaga Penasihat BPA Tan Sri Lee Lam Thye dan Datuk Siva Subramaniam Nagaratnam.

Untuk memastikan keberkesanan pemantauan oleh BPA, Low berkata semua ketua setiausaha kementerian dan setiausaha kerajaan negeri akan mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pengurusan Aduan masing-masing dan ia akan dilaporkan kepada kerajaan dari semasa ke semasa mulai tahun depan.

"Pewujudan KPI khusus ini bukan bertujuan untuk menghukum sebaliknya ia adalah bukti komitmen agensi sektor awam untuk memastikan aduan diurus dengan cepat, tepat dan berintegriti," katanya.

Sementara itu, Low menyeru semua agensi kerajaan agar mengubah persepsi bahawa aduan merupakan satu gangguan perkhidmatan. "Aduan perlu dilihat sebagai satu peluang kepada agensi untuk menilai semua modus operandi yang sedia ada berdasarkan aduan yang diterima," katanya.

Sementara itu, Mahani berkata sehingga 18 September tahun ini, BPA telah menerima 7,432 aduan dengan 6,475 aduan diselesaikan dan 957 aduan masih dalam tindakan.

Pada tahun lepas, beliau berkata BPA menerima 12,546 aduan berbanding 13,356 aduan pada tahun sebelumnya.

"Lebih 50 peratus aduan yang diterima BPA adalah mengenai isu kelewatan dan tiada tindakan atau maklum balas dari kementerian atau agensi berkaitan," katanya.

Pada majlis yang sama, BPA turut menyampaikan sijil penghargaan Pengurusan Aduan Tahun 2012 kepada 20 kementerian dan pejabat setiausaha kerajaan negeri.

Mahani berkata melalui inisiatif ini, penerima pengiktirafan akan menjadi ikutan kepada semua agensi sektor awam untuk meningkatkan usaha ke arah pengurusan yang mantap. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan