Politik Wang: Biar Lembaga Disiplin Parti Selesai Dulu - SPRM

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Salah laku rasuah semasa pemilihan parti politik harus disiasat oleh lembaga disiplin parti terlebih dahulu dan hanya dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Shukri Abdull berkata perkara itu meliputi semua parti politik di negara ini.

"Kalau dalam siasatan mereka ada bukti yang perlu disiasat dengan lebih lanjut, sila tampil dan serahkan bersama bukti kepada kami. Saya cadangkan biar lembaga (disiplin) buat keputusan dan jika ada apa-apa isu mereka boleh rujuk terus kepada SPRM.

"Bagi saya tidak timbul isu mana-mana parti termasuk Umno untuk menyembunyikan fakta, kerana kalau sembunyi dan tidak telus akhirnya yang rugi ialah parti itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Kompleks Pejabat SPRM Pahang, di sini Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan SPRM jika ada gejala rasuah semasa pemilihan Umno bulan depan.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan siasatan penyelewengan Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam), Shukri berkata siasatan akan mengambil masa kerana membabitkan seluruh negara.

"Banyak saksi dan keterangan yang perlu kami rekodkan. Mengenai kenderaan yang kami rampas... 10 kenderaan mewah itu, SPRM tidak pernah pada bila-bila masa membuat pengumuman bahawa kereta itu milik mana-mana individu.

"Saya hairan macam mana media keluarkan bahawa kereta itu milik seseorang, sedangkan SPRM tidak pernah dedahkan dan saya tidak tahu daripada mana (maklumat) mengenainya datang," katanya.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Politik kepada bekas menteri, Datuk Suhaimi Ibrahim bersama enam lagi individu ditahan oleh SPRM untuk membantu siasatan penyelewengan Dana 1Azam.

Mereka ditahan pada 20 Sept lalu sebelum dibebaskan dengan ikat jamin SPRM tiga hari kemudian.

Mengenai kes Persatuan Bola Sepak Perak pula, beliau mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu semalam dan siasatan sudah dimulakan.

"Berikan kami masa... kami baru terima laporan daripada persatuan dan mana-mana persatuan yang mengesyaki berlaku (rasuah)... sila tampil dan bawa sekali bukti bagi memudahkan kami menjalankan siasatan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan