PM Tegur Rakyat Yang Hanya Pandai Kritik Kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Datuk Seri Najib Tun Razak menegur sesetengah kumpulan rakyat Malaysia di luar negara, yang hanya tahu mengkritik kerajaan tetapi tidak memberi sebarang sumbangan untuk kemajuan negara.

Perdana menteri berkata kumpulan seperti ini, tidak sepatutnya membuat kritikan negatif mengenai negara berdasarkan dakwaan yang dibuat sesetengah pihak atas kepentingan politik mereka.

"Orang seperti ini akan mengkritik negara tetapi tidak mempunyai sebarang idea bagaimana untuk memberi sumbangan kepada negara," katanya dalam satu majlis makan malam yang dihadiri pelajar dan rakyat Malaysia, di hotel Grand Hyatt San Francisco di sini pada Ahad malam.

"Kita tidak kisah akan kritikan itu, tetapi jangan percayakan mereka," katanya sambil menambah bahawa beliau yakin mereka (rakyat dan pelajar Malaysia) mampu untuk berfikir dan memutuskan sendiri sama ada dakwaan itu betul atau sebaliknya.

Najib berkata banyak lagi rakyat Malaysia yang menetap di seberang laut yang aktif dari segi ekonomi, mempunyai strategi yang baik, berdaya saing dan kebiasaannya berjaya dalam hidup.

"Saya telah bertemu dan berbual dengan sesetengah daripada mereka, dan mereka sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata Malaysia telah menjadi sangat berjaya dari sebuah ekonomi kecil berasaskan pertanian dan kini begitu pesat membangun sehingga berada di tahap yang ada sekarang.

"Kita telah menetapkan objektif yang berani dan sasaran yang boleh diusahakan dan dicapai dan ini adalah penting untuk membangunkan negara," katanya.

Najib berkata adalah penting bagi masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama seperti di Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan di antara mereka bagi memacu negara sehingga ke peringkat lebih tinggi.

"Malah dengan purata 5 hingga 7 peratus pertumbuhan ekonomi setahun, kita dapat mencapai objektif Wawasan 2020 (menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi) seawal 2018, atau paling lewat menjelang 2020. Wawasan 2020 kita masih berada di landasan," kata Najib.

Beliau berkata rakyat Malaysia menikmati pendapatan perkapita yang tinggi berbanding rakyat di negara lain, dan menjadi tugas kerajaan untuk memastikan kekayaan negara dikongsi secara saksama di kalangan masyarakat.

"Jika kecil kekayaan negara, kita perlu berkongsi dengan peratusan yang kecil, supaya ia tidak mewujudkan ketidakstabilan politik dan sosial," katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi keutamaan kepada pendidikan dan akan membelanjakan lebih banyak untuk mendidik rakyat dalam bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

"Ianya penting untuk disedari bahawa kita perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif. Kita perlu bekerja keras dan bertungkus lumus untuk mendapatkan keselamatan dan kestabilan yang kita nikmati di negara sekarang, supaya anda boleh berani untuk bermimpi impian besar," kata Najib.

Beliau meminta mereka untuk menunjukkan semangat 1Malaysia bagi menunjukkan bahawa "kita semua adalah bersama-sama" dan bukan untuk mengkritik konsep itu tetapi menyumbang kepada perpaduan dengan cara yang proaktif.

Perdana menteri berkata beliau tidak percaya bahawa rakyat Malaysia yang bekerja, belajar atau menetap di luar negara kurang semangat patriotik berbanding mereka yang tinggal di dalam negara.

"Kita berdepan cabaran semasa bekerja untuk sebuah syarikat seberang laut tetapi semasa bekerja, kita masih boleh membantu Malaysia, (dengan) mempelawa syarikat di tempat anda bekerja supaya mengadakan usaha sama dengan syarikat-syarikat Malaysia yang lain dan menghasilkan inovasi.

Najib berkata Malaysia adalah sebuah negara yang berjaya dan terkenal dengan cara yang positif di kalangan orang lain yang mempunyai pendapat yang baik mengenai negara tetapi masih ada orang yang menyebar dakwaan dan penipuan mengenai Malaysia.

"Saya dituduh memanipulasi undi dengan membawa masuk 40,000 pengundi dari Bangladesh dalam PRU-13 (pilihan raya umum ke-13)...ia sama sekali tidak benar...mereka tidak dapat membuktikan dakwaan mereka, walaupun satu bukti."

Najib berkata PRU13 dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan cara yang jujur dan adil.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan