Mukhriz Bawa Misi Pulih Imej Umno

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Mukhriz Mahathir mempunyai misi peribadi untuk memulihkan imej Umno berikut serangan pelbagai pihak bagi melemahkan parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) itu.

Ramai ahli parti itu mahu melihat imej Umno yang menjadi sasaran utama permainan persepsi dalam tempoh dua pilihan raya umum dikembalikan khususnya bagi menarik kembali keyakinan orang ramai.

"Oleh itu penting bagi kita untuk berubah, atau diubah," kata Mukhriz.

Mukhriz berkata langkahnya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu bulan depan adalah selaras dengan seruan untuk memberi nafas baru kepada parti.

"Saya meletakkan parti lebih daripada diri sendiri," katanya.

Mukhriz berkata Umno perlu diberikan nafas baru kerana parti itu akan berhadapan dengan pemimpin muda daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Justeru katanya adalah penting agar semua tuduhan palsu yang dilemparkan terhadap Umno dapat dibersihkan.

"Untuk mendapatkan semula keyakinan orang ramai, kita perlu mendapat kepercayaan rakyat," katanya.

Mukhriz kini berhadapan saingan enam penjuru dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno.

Tiga penyandang kerusi Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 60; Datuk Seri Shafie Apdal, 56; dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 52; akan mempertahankan kedudukan mereka.

Kedudukan itu kini dicabar tiga yang lain iaitu Mukhriz, 49; bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, 64; dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, 64.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan