Kerajaan Galak Tubuh Pusat Pengurusan Data Di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Kerajaan menggalakkan pembangunan pusat pengurusan data di Malaysia untuk membangun industri teknologi maklumat (IT) negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pembangunan pusat terkini seumpamanya adalah antara perkara yang diberi perhatian oleh kerajaan dalam usaha membangunkan industri IT negara.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahunan ketiga Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di sini Selasa, beliau berkata usaha itu, bagaimanapun, mungkin menghadapi kekangan dari segi kurangnya mereka yang berkebolehan seperti saintis data di Malaysia.

Katanya Malaysia mampu membangunkan pusat seumpama itu kerana ia mempunyai kebolehan amat unik, kawasan amat luas, struktur sesuai dan mampu menawarkan insentif.

Najib berkata pembangunan itu juga akan menyebabkan negara memerlukan ribuan saintis data pada masa akan datang.

Perdana Menteri berkata beliau juga sudah berjumpa dengan beberapa syarikat Malaysia yang telah melakukan transformasi dengan syarikat berkenaan dahulunya ditempatkan di Koridor Raya Multimedia (MSC) tetapi kini telah mampu mengadakan kerjasama dengan rakan kongsi dari Silicon Valley, Amerika Syarikat.

"Sehingga produk mereka kini boleh dipasarkan ke pasaran global," katanya.

Beliau berkata lapan syarikat itu adalah PULSATE Sdn Bhd, INTEL Corporation, Revolution Analytics Inc, MOL Global Pte Ltd, Rixty Inc, Joota Ventures Sdn Bhd, BrandX Development LLC dan XYBASE MSC Sdn Bhd.

"Untuk mengembangkan lagi budaya inovasi, syarikat yang cuba melaksanakan inovasi tetapi akhirnya mengalami kegagalan tidak wajar didenda atau dihukum kerana inovasi adalah digalakkan sebagai budaya lazim diamalkan di Silicon Valley.

"Kegagalan mereka kadang-kadang disebabkan keberanian mencuba perkara baharu dan kadang-kadang puncanya di luar kawalan mereka".

Najib berkata mesyuarat turut membincang usaha menyediakan tenaga lebih mahir dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris, proses mempertingkat kemampuan yang boleh menggunakan teknologi supaya masa boleh dipendekkan, serta langkah inovatif lain.

Antaranya kata beliau ialah membangunkan "Smart Rural Development" atau pembangunan bandar pintar di kawasan Iskandar Malaysia, Johor, yang dibentang oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar.

Turut dibincang ialah projek Rimbunan Kasih yang dibangunkan bersama oleh pihak syarikat IRIS dan kerajaan pusat sebagai model 'Smart Rural Development' yang sangat menarik.

Mesyuarat GSAIC pada Selasa juga diberi taklimat mengenai program pendidikan Permata Pintar iaitu sebahagian daripada pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi didedahkan kepada pengalaman melawat ke New York dan dapat berjumpa saintis Amerika di sana.

"Mereka (saintis Amerika) juga telah ke UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan diberi gambaran bagaimana minat kanak-kanak dipupuk sebagai bakal saintis dan pemenang hadiah Nobel pada masa depan.

"Itulah hasrat kita di mana dalam kita menentukan peluang pendidikan tidak semestinya melihat secara memberi akses kepada mereka yang mempunyai kebolehan biasa sahaja tetapi juga kepada mereka yang mempunyai kebolehan luar biasa yang unik, dengan program yang unik dengan tidak mengekang mereka daripada mencapai tahap potensi maksimum.

"Hal itu dapat dilakukan dengan komuniti saintifik Amerika dengan penubuhan GSIAC kerana kerjasama seperti ini sangat bermanfaat kepada Malaysia dan banyak negara lain ingin mengikut jejak langkah Malaysia itu".

Ditanya mengenai hasil lawatannya ke ibu pejabat Twitter hari ini, Najib berkata beliau telah berbincang dengan pengurusan Twitter mengenai kemungkinan menggunakan rangkaian media sosial itu sebagai pemberi amaran bahaya kepada rakyat jika berlaku bencana untuk membolehkan tindakan segera diambil.

GSIAC disertai anggota majlis antarabangsa dan kebangsaan yang merupakan pakar global dalam sains dan inovasi.

GSIAC diasaskan oleh perdana menteri pada 2010 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan beliau untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dengan meningkatkan keupayaan Malaysia dalam bidang sains dan inovasi.

Najib akan turut menghadiri mesyuarat ketujuh Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi (BIO-IAP) dan melawat ke ibu pejabat Google pada Selasa (24 September).

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan berlepas ke New York pada malam hari yang sama dalam rangka lawatan kerja ke New York pula dari 25 hingga 29 September untuk menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan