Kajian Segera Prosedur Tangkap Penjenayah Elak Bahaya Ke Atas Anggota Polis

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Satu kajian terperinci mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) polis akan dijalankan dengan segera bagi mengelak anggota pasukan itu tercedera atau terbunuh ketika menangkap penjenayah.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata kajian itu perlu berikutan tugasan anggota dan pegawai polis sentiasa berisiko tinggi sehingga boleh mengancam nyawa mereka.

"Kita akan melakukan satu kajian semula SOP kita kerana tanggungjawab polis sentiasa berisiko berhadapan dengan bahaya," katanya selepas mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar merasmikan Seminar Polis Wanita 2013 di sini Selasa.

Mengulas mengenai seorang anggota polis maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng, Melaka semalam, Mohd Bakri berkata polis akan meneliti prosedur itu terutamanya membabitkan kes berisiko tinggi.

Dalam pergelutan itu, Kpl Zal-Azri Abdul Somad, 31, daripada Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan muka dipercayai dipukul dengan batu dan mati di tempat kejadian.

Sebelum itu dalam ucapannya, Khalid berkata polis akan menambah keanggotaan polis wanita mengikut keperluan dan kekosongan jawatan selain memantapkan lagi kekuatan polis wanita di negara ini setelah pengambilannya dihentikan tiga tahun lepas.

Teks ucapannya dibacakan Mohd Bakri.

"Pada ketika ini kekuatan polis wanita adalah seramai 11,523 orang atau 10.4 peratus daripada keseluruhan kekuatan beruniform Polis Diraja Malaysia," katanya.

Khalid berkata sasaran 30 peratus anggota wanita yang menyandang jawatan pembuat keputusan iaitu dari pangkat Supritendan dan ke atas juga akan dicapai dari semasa ke semasa dan ketika ini hanya 7.4 peratus sahaja wanita memegang jawatan berkenaan.

Seminar tiga hari yang akan berakhir Rabu disertai 150 Inspektor ke atas dari seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan