Jawatankuasa Pemilihan Pantau Kemasukan Firma Guaman Asing

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemasukan peguam atau firma guaman asing yang hendak berkhidmat di negara ini akan dipantau sebuah Jawatankuasa Pemilihan apabila liberalisasi sektor perkhidmatan perundangan negara berkuatkuasa kelak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata selain pemohon baharu, peguam atau firma guaman yang diberi lesen untuk berkhidmat juga tertakluk kepada pemantauan jawatankuasa itu.

"Setiap permohonan akan dipertimbang oleh jawatankuasa ini terlebih dahulu dengan mengambil kira kriteria dan kredibiliti setiap permohonan. Setiap pemohon diwajibkan kemuka 'pelan perniagaan' untuk pertimbangan dan syor jawatankuasa pemilihan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 dalam persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Nancy turut memaklumkan Dewan Rakyat bahawa peguam asing yang memperoleh lesen daripada Majlis Peguam juga tertakluk kepada Lembaga Tatatertib dan lesen mereka boleh digantung, dibatalkan pendaftaran atau diperintahkan membayar denda sekiranya terlibat dengan apa-apa salah laku.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan menggalakkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun supaya mengutamakan khidmat firma guaman tempatan sebelum menggunakan khidmat peguam asing.

"Oleh yang demikian, perkara ini memang dititikberatkan oleh kerajaan bagi memastikan kedudukan pengamal guaman tempatan tidak tergugat," katanya. Dewan Rakyat kemudian meluluskan rang undang-undang itu.

Turut diluluskan ialah Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2013 yang mengecualikan sektor perkhidmatan perundangan melibatkan prosiding timbang tara di Malaysia daripada pemakaian Akta 166 (Akta Profesion Undang-Undang 1976).

Persidangan Dewan bersambung pada Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan