Jakim Lantik 222 Pegawai Sebagai Anggota Penguatkuasa Sijil Halal

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bahagian penguatkuasaan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diperkukuh dengan pelantikan 222 penolong pegawai perihal dagangan untuk meningkatkan kredibiliti Jakim menguruskan persijilan halal di negara ini.

"Proses ini (penambahan anggota) akan berlaku dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan setiap negeri dalam melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan sijil halal," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Penguatkuasaan Halal Malaysia Peringkat Kebangsaan 2013 dan menyampaikan kad kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada 160 pegawai agama Islam kepada wakil Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)/ Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di sini Selasa.

Jamil Khir berkata dengan kad kuasa itu, pegawai Jakim dan JAIN/MAI Nmempunyai kuasa yang sama dengan pegawai penguatkuasa KPDNKK dari aspek pensijilan halal setelah mengikuti kursus dikendalikan bahagian penguatkuasa kementerian itu.

Kad kuasa itu membolehkan penolong pegawai perihal dagangan dari Jakim dan JAIN/MAIN mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar kesalahan sijil halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan