Tiada Teks Khutbah Jumaat Seru Umat Islam Musuhi Kristian - Jamil Khir

Diterbitkan: Isnin, 23 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)tidak pernah mengeluarkan teks ucapan khutbah Jumaat yang menyeru umat Islam supaya memusuhi penganut Kristian di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata teks khutbah dibuat dengan berhati-hati sebagai menghormati semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai agama di negara ini.

"Islam tidak pernah memusuhi mana-mana ajaran agama, kami memahami apa yang terkandung di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi, tetapi agama lain bebas mengamalkannya," katanya menjawab soalan anggota Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dari DAP, di sini, Isnin.

Ngeh ingin mengetahui mengenai kesahihan laporan sebuah portal yang mendakwa khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jakim pada 30 Ogos telah melabel penganut Kristian sebagai musuh umat Islam.

Sementara itu, Jamil Khir berkata aliran-aliran lain yang masih dalam lingkungan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah dibenarkan selagi ia tidak bersifat melampau dan menimbulkan isu bidaah yang boleh membawa kepada pepecahan ummah.

Beliau berkata perbezaan aliran lain seperti Salafiyyah dengan Asha'irah dan Maturidayyah telah diurus secara baik oleh kerajaan menerusi dialog dan perbahasan akademik.

"Program penjelasan, penerangan dan penerbitan untuk penghayatan Islam juga dilaksanakan secara berterusan bagi mendidik masyarakat berhubung perkara itu," katanya menjawab soalan anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS).

Abdul Hadi ingin mengetahui tindakan Jakim untuk mendidik masyarakat berhubung kepelbagaian mazhab dalam Islam ke arah memelihara keharmonian masyarakat Islam di negara ini - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan