Strategi Lautan Biru Kurangkan Perbelanjaan Kerajaan - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 23 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan berjaya mengurangkan perbelanjaan kerajaan menerusi perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata antara penjimatan yang diperoleh ialah dengan mengoptimumkan pusat latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pusat latihan bagi anggota polis yang baharu dilantik.

"Kerajaan dapat mengurangkan keperluan membina pusat latihan baharu untuk aktivitI latihan polis yang dianggar berjumlah RM711 juta bagi sebuah pusat latihan.

"Pusat Pemulihan Kemasyarakatan pula telah memberi kesan penjimatan apabila kerajaan tidak lagi perlu membina penjara baharu. Kos bagi pembinaan sebuah penjara baharu menelan belanja antara RM50 juta hingga RM60 juta," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Hishammuddin menjawab soalan Rubiah Wang (BN-Kota Samarahan) yang ingin tahu kejayaan pelaksanaan strategi lautan biru dan jumlah penjimatan yang diperoleh kerajaan.

Sementara itu, Hishammuddin berkata matlamat akhir strategi itu juga dapat dikongsi bersama dengan pihak polis, ATM dan Jabatan Penjara seperti memberi kemahiran dan program pemulihan kepada banduan.

Malah, katanya, pelaksanaan strategi itu juga mengurangkan kemasukan banduan berulang, serta latihan kepada anggota dan pegawai polis serta tentera.

"Saya percaya kita berada di landasan yang betul dan saya bangga dengan strategi ini kerana ia melibatkan perancangan dan kerjasama yang rapi serta pemikiran yang sehaluan," katanya.

Menurut beliau, program yang belum pernah digunakan oleh negara lain itu akan diteruskan dan beberapa langkah penambahbaikan sedang dikenal pasti.

"Antaranya adalah memantapkan kemahiran golongan banduan selain pembabitan mereka dalam program yang menjurus kepada bidang pertanian, perikanan dan keusahawan supaya mereka dapat menyumbang kepada masyarakat," katanya.

Hishamuddin berkata daripada sejumlah 2,664 banduan yang dibebaskan, hanya 0.45 peratus kemasukan banduan berulang berlaku pada tahun ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan