Selangor Timbang Beri Subsidi Kepada Pengusaha Bas di Laluan Kurang Menguntungkan

Diterbitkan: Isnin, 23 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Kerajaan Negeri Selangor sedang menimbangkan cadangan untuk memberi susbsidi kepada pengusaha bas bagi membolehkan mereka terus menyediakan perkhidmatan bas di laluan yang kurang menguntungkan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sedang akan menimbangkan cadangan tersebut bagi membolehkan syarikat bas menyediakan perkhidmatan mereka di laluan tersebut.

"Syarikat pengangkutan fikir mereka tidak boleh mendapat untung, atau berhenti menyediakan perkhidmatan di laluan berkenaan.

"Jadi kerajaan negeri sedang fikir sama ada untuk memberikan subsidi bagi laluan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi dialog bajet 2014 di sini pada Isnin.

Kerajaan negeri juga mungkin akan menyediakan perkhidmatan bas ulang alik percuma kepada penjawat awam bagi mengambil mereka dari stesen LRT ke pejabat, tambahnya.

"Ia bukan sahaja kepada mereka yang bekerja di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (di Shah Alam), malah kepada (kakitangan) pejabat tanah dan majlis perbandaran," katanya.

Mengenai bajet tahun hadapan, Khalid berkata ia merupakan belanjawan yang seimbang, seperti yang dipraktikkan pada tahun lalu.

"Kita akan merangka bajet mengikut pendapatan yang kita perolehi. Ia merupakan belanjawan yang seimbang," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan