Perjuang Hak, Kebajikan Wanita Jika Terus Diberi Mandat - Shahrizat

Diterbitkan: Isnin, 23 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahrizat menunjukkan borang bertanding Ketua Wanita Umno. -foto THE STAR/Ibrahim Mohtar
Shahrizat menunjukkan borang bertanding Ketua Wanita Umno. -foto THE STAR/Ibrahim Mohtar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau akan memperjuangkan hak dan kebajikan golongan wanita tanpa mengira agama dan bangsa sekiranya terus diberi mandat sebagai orang nombor satu menerajui Pergerakan Wanita Umno pada pemilihan kali ini.

Beliau berkata demikian kerana percaya ahli parti di peringkat akar umbi masih memberi sokongan padu walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi.

"Jika saya diberi kepercayaan, saya akan mengangkat suara Wanita Umno. Jadi saya mendapat sokongan daripada akar umbi sepertimana saya dapatkan perkara itu sekian lamanya.

"Insya-Allah saya akan bekerja sebagai satu pasukan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pagi Sabtu.

Turut menghantar borang pencalonan bagi merebut jawatan itu ahli Wanita Umno yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kulim -Bandar Baharu, Raihan Suleiman Palestin.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pengerang yang juga bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said menarik diri daripada bertanding jawatan itu bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

Sementara itu BERNAMA melaporkan selain mempertahan jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno Shahrizat juga menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Kepong.

Beliau menyerahkan borang pencalonannya di pusat pendaftaran calon Jawatankuasa Umno Bahagian dan Sayap Pergerakan Wilayah Persekutuan 2013 di PWTC di sini pada 10 pagi tadi.

Bekas Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat itu berkata beliau menawarkan untuk bertanding di Bahagian Kepong kerana telah bergiat aktif di peringkat akar umbi bahagian itu sejak 30 tahun lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau gembira dengan sistem pemilihan yang baharu dan demokratik Umno dan ia berjalan lancar.

"Saya harap keadaan kekal seperti ini kerana kita ada beberapa jam sehingga 5 petang sebelum proses pendaftaran ditutup," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan