Pemilihan Umno: Calon Mahu Lebih Banyak Peluang Merayu Undi

Diterbitkan: Isnin, 23 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon pemilihan Umno mahu lebih banyak peluang berkempen dan merayu pengundi diberikan tanpa melanggar kod etika, namun lembaga disiplin parti telah memberi amaran mereka tidak akan bertoleransi dengan sesiapa sahaja yang melanggar peraturan.

Garis panduan, Tataetika Ahli Umno telah dikuatkuasakan sejak 2008 bagi mengawal mana-mana pihak berkempen dengan menggunakan wang untuk meraih undi. Antara garis panduan yang ditetapkan ialah melarang, mana-mana calon atau pihak mengadakan majlis keraian untuk membeli undi bagi mengelakkan politik wang dalam parti itu.

Bagaimanapun calon yang bertanding membantah tindakan tersebut kerana mereka mahukan kempen yang lebih fleksibel dan terbuka kerana jumlah perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan kali ini telah meningkat daripada 2,500 kepada 146, 000 orang mengikut sistem pemilihan baru.

"Kod etika tersebut sudah ketinggalan zaman, kita harus memindannya atau membuangnya," kata calon bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, Lokman Noor Adama. Beliau berkata daripada melarang calon daripada mengadakan majlis keraian atau membiayai perbelanjaan perjalanan perwakilan, parti seharusnya membenarkan calon mewujudkan dana bersama bagi membantu membiayai acara yang diadakan untuk pengundi.

Calon Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Rahman Dahlan pula mencadangkan agar parti memberi ruang yang lebih besar kepada calon yang bertanding.

"Kita ada ramai pemimpin yang bagus namun mereka ini belum dikenali. Mereka perlu menyampaikan matlamat dan cadangan mereka kepada akar umbi. Pemilihan parti merupakan satu ruang kepada parti untuk melahirkan lebih ramai pemimpin yang berpotensi," kata Rahman yang juga Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar.

Sementara itu, Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas ketika ditanya mengenai isu tersebut berkata:

"Mereka harus mengikut peratuan, jika tidak kami akan mengambil tindakan ke atas mereka. Ia sangat mudah seperti itu."

Beliau turut memberi amaran kod etika tersebut masih digunapakai kerana ia merupakan pendirian parti yang menentang salah guna kuasa dan jawatan serta politik wang.

Megat Najmuddin berkata calon tidak seharusnya bimbang untuk menjangkau akar umbi kerana jawatankuasa badan perhubungan Umno Negeri akan menganjurkan sesi suai kenal dengan calon.

Seorang lagi calon Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata dalam usaha tidak melanggar peraturan yang ditetapkan, ramai calon hanya menghadiri majlis rasmi yang diadakan di peringkat negeri mahupun kebangsaan sambil berharap ramai ahli parti akan hadir pada majlis tersebut.

"Jika anda membaca kod etika tersebut dengan teliti, anda akan membuat kesimpulan bahawa anda tidak boleh berkempen kerana ia dilarang," kata Tun Faisa, yang merupakan bekas Exco Pemuda Umno.

Calon Majlis Tertinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, yang akan mempertahankan jawatannya berkata beliau menyokong kod etika berkenaan kerana ia wujudkan bagi membanteras politik wang.

"Kod berkenaan melarang semua pihak daripada berkempen, namun parti perlu mengadakan sesi suai kenal bagi calon di setiap negeri bagi menangani kebimbangan kami," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan