Pelatih PLKN Kem Pinggiran Pelangi Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 23 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, mati di Hospital Muadzam Shah, selepas ditemui rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air, kira-kira jam 12.04 tengah malam tadi.

Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, dari Kerdau, Temerloh dijumpai seorang rakannya dalam keadaan terbaring sebelum memanggil ketua komandan kem yang kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Muadzam Shah sebelum disahkan meninggal dunia.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, ketika dihubungi Bernama berkata punca kematian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Supt Johari Yahaya yang mengesahkan kematian pelatih tersebut berkata mayat pelatih berkenaan masih dibedah siasat di Hospital Muadzam Shah.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijangka selesai petang nanti," kata Johari. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan