Ops Cantas Tidak Akan Dihentikan - Zahid

Diterbitkan: Isnin, 23 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan Ops Cantas Khas yang dilaksanakan bagi mengesan anggota kongsi gelap atau gangsterisme akan dihentikan pada 19 Oktober ini.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini, operasi itu akan diteruskan bagi memastikan keselamatan negara terus terpelihara dan sehingga 'fear of crime' di kalangan masyarakat dapat dikurangkan.

Ahmad Zahid berkata sehingga 18 September, seramai 212,259 orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan kongsi gelap telah ditahan dan dibuat tapisan.

"Seramai 8,898 orang pula telah ditangkap, 289 senjata api dan senjata merbahaya juga telah dirampas. Kejayaan yang dicapai adalah penurunan indeks jenayah khususnya jenayah kekerasan hampir 42 peratus daripada 69 kes kepada 40 kes dalam tempoh sebulan operasi dijalankan," katanya menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada sesi soal jawab di Parlimen di sini. Lim ingin tahu berapa ramai yang telah ditangkap di bawah Ops Cantas setakat 16 Sept mengikut bangsa, jantina dan negeri.

Polis telah melaksanakan Ops Cantas bermula 17 Ogos dan seterusnya menyiarkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap yang diwartakan haram, pada 30 Ogos.

Ahmad Zahid berkata daripada 8,898 orang yang ditangkap dalam operasi khas itu, seramai 3,842 berbangsa Melayu (3,645 lelaki, 197 perempuan), 2,485 bangsa India (2,449 lelaki, 36 perempuan), 1,088 bangsa Cina (1,021 lelaki, 67 perempuan) dan 1,483 bangsa lain (1,267 lelaki dan 256 perempuan).

Untuk pecahan mengikut negeri, beliau berkata Selangor mencatat jumlah paling tinggi dengan 3,889 tangkapan diikuti Johor (1,760), Kuala Lumpur (749), Kedah (505), Pulau Pinang (254), Perak dan Pahang (225), Kelantan (253), Sarawak dan Negeri Sembilan (165), Melaka (94), Terengganu (25) dan 12 di Perlis.

Selain itu, beliau turut memaklumkan Dewan setakat ini sebanyak 214 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan 46 kes dibuka di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Beliau berkata setiap yang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah boleh direman sehingga maksimum 72 hari.

Dalam pada itu, beliau berkata pemantauan berterusan juga dibuat ke atas persatuan-persatuan yang ditubuhkan bekas anggota kongsi gelap dan didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Kalau aktiviti mereka masih menyamai aktiviti yang dibuat sebelum ditahan, tindakan akan diambil mengikut Akta Pertubuhan," katanya menjawab soalan Datuk Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam). -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan