Mukhriz Tanding Naib Presiden: Anggota Pemuda Bebas Memilih - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 23 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata anggota pergerakan itu tidak diminta menyokong calon tertentu pada pemilihan parti bulan depan.

Malah mereka bebas membuat pilihan sendiri, kata beliau ketika ditanya pendirian Pemuda Umno sama ada akan memberi sokongan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

"Dia (Mukhriz) bebas untuk bertanding, parti kita tak letak apa-apa sekatan," katanya selepas majlis perjumpaan dengan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia, pada acara jamuan petang di Dewan Malaysia Jakarta di sini, Isnin.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan dalam rangka lawatan dua hari ke Indonesia mulai Isnin.

Esok beliau ke Palembang, tempat berlangsungnya Temasya Sukan Perpaduan Islam.

Mukhriz dan Khairy pernah terlibat dalam pertandingan sengit untuk jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti yang lepas.

Dalam pemilihan parti peringkat pergerakan pemuda kali ini, Khairy yang mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua, ditentang oleh empat calon lain iaitu Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, Abd Karim Ali dan Irwan Ambak Khalid Izhar.

Pemilihan parti peringkat Naib Presiden Umno menyaksikan pertandingan enam penjuru apabila tiga penyandang jawatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Koperasi Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tetap menawarkan diri mempertahankan jawatan masing-masing dicabar oleh tiga calon lain.

Selain Mukhriz, dua pencabar lain ialah Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan