Maznah Ulas Keputusan Lawan Shahrizat Pada Rabu

Diterbitkan: Isnin, 23 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Exco Wanita Umno, Datuk Maznah Mazlan hanya akan mengulas mengenai penyertaannya di saat akhir bagi mencabar kedudukan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno selepas tempoh bertenang berakhir Selasa ini.

Menurut sumber terdekat dengan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu, beliau akan mengeluarkan kenyataan kepada media setelah disahkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Umno sebagai calon.

"Datuk Maznah tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan sekarang memandangkan penyertaannya masih belum disahkan," kata sumber itu pada Ahad.

Jawatankuasa Pemilihan Umno memperkenalkan tempoh bertenang selama 72 jam selepas proses penyerahan borang pencalonan ditutup sebelum semua penyertaan disahkan layak bertanding.

Dalam tempoh itu juga semua bakal calon boleh menarik diri daripada meneruskan hasrat masing-masing.

Pada Rabu Jawatankuasa Pemilihan Umno akan mengeluarkan senarai penuh calon layak bertanding untuk diedarkan ke Perhubungan Umno negeri di seluruh negara.

Pemilihan bagi jawatan Ketua Wanita Umno menyaksikan kemunculan mengejut Maznah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah untuk mencabar Shahrizat yang menyerahkan borang kira-kira 20 minit sebelum kaunter penyerahan borang ditutup pada pukul 5 petang Sabtu.

Turut akan merebut jawatan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Kulim Bandar Bahru, Raihan Suleiman Palestin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan