JPN Tiada Rekod Chin Peng Warganegara Malaysia - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 23 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) beramah mesra dengan Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (kiri) selepas sesi soal jawab di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur pada Isnin. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan). -Foto BERNAMA
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) beramah mesra dengan Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (kiri) selepas sesi soal jawab di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur pada Isnin. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan). -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mempunyai rekod kerakyatan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng merupakan warganegara Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini berdasarkan semakan JPN yang tidak mempunyai rekod mengenai beliau. "Berdasarkan JPN, Perjanjian Hatyai telah diberikan dua kali (peluang) kepada beliau tetapi malangnya beliau menolak.

"Dan mengikut semakan yang dilakukan JPN tidak ada rekod yang menyebut bahawa Chin Peng pernah menjadi warganegara Malaysia kecuali beliau menggunakan nama lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kewajaran abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara ini berdasarkan Perjanjian Hatyai 1989 yang ditandatangani bekas Setiausaha Agung PKM itu dengan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara pada masa itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan desakan pihak tertentu yang masih menuntut kerajaan supaya membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara.

"Bagi saya bukan soal perundangan sangat tetapi soal kemanusiaan, rasa kemanusiaan, rasa tergurisnya perasaan mangsa-mangsa yang telah terbunuh ketika Chin Peng menjadi ketua PKM," katanya.

Chin Peng meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok kira-kira 6.20 pagi pada 16 September kerana sakit tua.

Beliau dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Setiawan, Perak.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan