Tabung Haji Tawar Kuota Haji Kepada Balu Jemaah Meninggal Di Tanah Suci

Diterbitkan: Ahad, 22 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Bermula tahun ini, balu kepada jemaah haji yang meninggal dunia di tanah suci akan ditawarkan kuota untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun berikutnya, kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata pendekatan baharu itu adalah usaha TH untuk menambahbaik khidmat kebajikan kepada jemaah haji negara ini.

"Selain menyediakan kuota, jika berlaku sebarang kematian melibatkan jemaah haji, saya sendiri atau ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji akan turun untuk menziarahi waris jemaah untuk menyampaikan bantuan.

"Kita juga akan pastikan barang jemaah haji yang meninggal itu dihantar pulang kepada keluarga atau warisnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Daud Kamsani, 64, di sini hari ini yang merupakan jemaah haji pertama negara ini yang meninggal dunia di tanah suci pada musim haji ini.

Allahyarham Daud dilaporkan meninggal dunia di Madinah pada 15 Sept lepas akibat masalah jantung dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi Madinah pada hari yang sama.

Setakat ini dua kematian jemaah haji dilaporkan dengan seorang lagi ialah Hashim Abdul Latif, 60, dari Kampung Rapat Jaya, Ipoh Perak, yang meninggal dunia di Makkah awal pagi Sabtu.

Dalam pertemuan itu, Abdul Azeez turut mengumumkan TH akan memberikan kuota untuk mengerjakan haji pada tahun depan kepada balu Allahyarham Daud, Saniah Sanusi, 56, dan anaknya Muhamad Hanafe, 30.

Selain itu turut disampaikan bantuan khairat kematian sumbangan TH berjumlah RM1,500.

Dalam pada itu, Abdul Azeez menasihati umat Islam di negara ini supaya tidak tertipu dengan pihak yang kononnya menawarkan kuota mengerjakan ibadah haji dengan menggunakan nama orang kenamaan dan kerabat diraja.

"Itu tidak betul kerana segala kerja untuk melaksanakan ibadah haji mesti menerusi TH iaitu satu badan yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi.

"Sehubungan itu saya minta kalau ada orang seperti ini yang menawarkan untuk mengerjakan haji, pergi rujuk kepada pejabat TH yang berdekatan, jangan terpedaya dengan mereka yang sengaja ingin mengaut keuntungan dengan cara sebegini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan