Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 22 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Seorang lagi jemaah haji Malaysia, iaitu yang kedua dari Malaysia meninggal dunia, di sini awal pagi Sabtu.

Hashim Abdul Latif, 60, meninggal dunia akibat serangan jantung semasa menerima rawatan di klinik Maktab Rehab Al Janadriyah di Al Bisyarah Mawaddah di sini pada pukul 12.01 pagi waktu tempatan.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Tabung Haji (TH) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jenazah Hashim telah diurus oleh TH dan dikebumikan di tanah perkuburan Ma'la selepas solat Zohor.

Hashim yang berasal dari Kampung Rapat Jaya, Ipoh, Perak bersama isterinya Rosnamsiati Mohd Daham adalah jemaah haji yang tiba dengan penerbangan KT15.

Syed Saleh berkata, pengurusan TH telah memberi perkhidmatan kaunseling kepada Rosnamsiati supaya terus bersemangat mengerjakan ibadah haji walaupun tanpa suaminya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan