Mukhriz Nafi Wujud Cubaan Jatuhkan Beliau

Diterbitkan: Ahad, 22 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menolak dakwaan kononnya wujud satu pakatan oleh penyandang Naib Presiden bagi menjatuhkan beliau pada pemilihan parti bulan depan.

Beliau berkata, seandainya berlaku percubaan itu maka tindakan tersebut menyimpang dengan program transformasi politik (PTP) yang diamalkan parti.

"Saya rasa itu semua kebetulan saja. Saya tak percaya mereka mempunyai satu pakatan kerana kalau benar itu berlaku, maksudnya sedikit konflik dengan kenyataan mereka sendiri keluarkan sebelum ini," katanya pada sidang media selepas menyerahkan borang pencalonan di sini petang Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan tiga penyandang Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal yang menyerahkan borang pencalonan dan mengadakan sidang media serentak tengah hari Sabtu.

Menurut Mukhriz, beliau yakin program transformasi politik yang diamalkan Umno pada hari ini membuka ruang seluas-luasnya kepada setiap ahli untuk bertanding dan perwakilan memilih pemimpin parti itu.

"Jadi saya ingat setiap seorang daripada kami patut dinilai secara berasingan dan atas harapan itu saya menawarkan diri...sebenarnya untuk pastikan hak memilih perwakilan itu dipertahankan," katanya.

Turut mengesahkan pencalonan bagi jawatan itu adalah Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Pertandingan merebut jawatan tersebut bakal menyaksikan saingan enam penjuru sekiranya tiada lagi calon menghantar borang sebelum kaunter pencalonan ditutup pada pukul 5 petang Sabtu.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa beliau mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan bertanding, Mukhriz berkata dia tidak mahu terlalu tergesa-gesa membuat keputusan besar seperti ini.

"Saya ambil masa itu duduk bersembang dengan orang-orang lama dan rakan-rakan lain...rata-rata saya dapati respons begitu positif. Itu sebab saya buat keputusan agak lewat tetapi masih lagi ikut peraturan pemilihan parti," katanya.

Beliau turut menyifatkan peluang untuk memenangi pemilihan itu 50-50.

"Peluang 50-50. Nak kata baik sangat pun tidak, sambil saya optimis tetapi saya kena berhati-hati juga," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan