Isa Samad Tidak Cadang Tubuh Kumpulan Hadapi Saingan Enam Penjuru

Diterbitkan: Ahad, 22 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak bercadang menubuhkan kumpulan untuk menghadapi pertandingan enam penjuru bagi merebut jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti bulan depan.

Pengerusi Felda itu berkata biarlah pemilihan mengikut peraturan dan secara kekeluargaan dalam parti dan beliau sedia menerima keputusan perwakilan.

"Saya berpendapat adalah tidak sesuai untuk menubuhkan pasukan dalam pertandingan seperti ini kerana kuasa memilih terletak di tangan perwakilan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tranformasi Komuniti FELDA Di Hati dan merasmikan Dewan Semai Bakti Felda di Felda Jengka 21, dekat sini, Ahad.

Mohd Isa bakal berdepan tiga penyandang iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Menteri Besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dalam pada itu, Mohd Isa berkata sistem pengundian melalui 150,000 perwakilan merupakan tranformasi dilakukan Umno ke arah pemilihan kepimpinan parti lebih terbuka.

Beliau berkata jika sistem itu berjaya, tidak mustahil di masa akan datang kesemua anggota Umno diberi peluang untuk memilih kepimpinan parti. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan