Cho Ha Sekali Lagi Pertahan Ketua MCA Bahagian Lumut

Diterbitkan: Ahad, 22 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Penyandang jawatan ketua MCA Bahagian Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha sekali lagi mengekalkan jawatan itu apabila mengalahkan pencabarnya bekas ketua Pemuda bahagian Ding Siew Chee pada pemilihan peringkat bahagian pada Ahad.

Kong yang juga Setiausaha Agung parti menang dengan majoriti 245 undi apabila meraih 266 undi berbanding Ding yang hanya mendapat 21 undi, manakala tiga lagi undi rosak.

Bekas Menteri Pengangkutan itu yang berjaya mempertahankan jawatan tersebut sejak memegangnya pada tahun 2001, melahirkan penghargaan kepada kesemua perwakilan yang memberi kepercayaan untuk beliau terus memimpin MCA di Lumut.

"Dengan 90 peratus undi kepada saya, kita akan berusaha untuk terus menyatupadukan anggota. Adalah penting juga untuk saya menyakinkan kepada mereka bahawa MCA adalah satu pasukan yang kuat sekali lagi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA Datuk Tan Chin Meng turut mengekalkan jawatan ketua bahagian Ipoh Barat apabila meraih kemenangan selepas mendapat 230 undi berbanding pencabarnya Lee Yook Tin, bekas pengerusi cawangan Taman Mewah yang menerima 39 undi.

Tan yang juga Setiausaha Kehormat MCA Perak berkata MCA Ipoh Barat tetap berjuang untuk Barisan Nasional (BN) walaupun menghadapi pelbagai cabaran terutama selepas kekalahan dalam pilihan raya umum lepas.

Beliau yang memegang jawatan itu sejak 2005 berkata perpaduan dan kekukuhan parti MCA di Ipoh Barat adalah sesuatu yang mustahak bagi menghadapi cabaran itu termasuk pilihan raya umum ke-14.

"Kita akan memperkuatkan parti di Ipoh Barat. Ada pendapat mengatakan MCA sudah berpecah namun pemilihan peringkat bahagian ini memberi petunjuk yang baik bahawa kekuatan anggota MCA masih ada," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong yang merupakan penyandang jawatan ketua bahagian Kampar akan ditentang Yee Chun Sheng, seorang pengerusi cawangan dalam pemilihan yang akan berlangsung malam ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan