16,978 Pesakit Kritikal Negara Ini Perlukan Organ

Diterbitkan: Ahad, 22 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 16,978 pesakit kritikal di negara ini memerlukan penderma organ untuk meneruskan hidup mereka, kata Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ.

Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata sehingga 31 Ogos lepas seramai 16,945 pesakit buah pinggang, lima pesakit jantung, tujuh pesakit paru-paru, empat pesakit jantung dan paru-paru serta 17 pesakit hati yang berdaftar menunggu giliran untuk mendapatkan organ daripada penderma.

Beliau berkata setakat ini terdapat 235,573 pengikrar yang sanggup menderma organ, namun ia tidak memadai untuk menampung keperluan.

"Sejak 1976 hingga Ogos 2013, hanya 432 orang telah mendermakan organ mereka selepas melalui prosedur dan kesesuaian organ yang didermakan. Sehingga kini, negara sangat-sangat memerlukan penderma organ terutama buah pinggang yang merupakan sangat kritikal di negara ini.

"Untuk pendermaan setelah meninggal dunia, kadar pendermaan organ dan tisu di negara ini ialah sekitar 0.6 pendermaan bagi setiap juta populasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah Pendermaan Organ siri pertama di sini, Ahad.

Tahun ini Terengganu dipilih sebagai lokasi pertama daripada empat jelajah sebelum ke Pulau Pinang, Sibu dan diakhiri di Sandakan, Sabah.

Lee berkata daripada jumlah 235,573 pengikrar, seramai 128,595 atau 56 peratus adalah wanita dan 103,897 (44 peratus) lelaki. Kaum Cina mencatat pengikrar paling ramai iaitu 119,637 (51.2 peratus), diikuti India 55,232 (23.7 peratus), Melayu 51,064 (21.7 peratus) dan lain-lain 7,575 (3.2 pratus).

"Angka itu bermakna hanya 0.83 peratus daripada 28.3 juta populasi rakyat Malaysia," katanya.

Menerusi jelajah yang diatur pihaknya dan Kementerian Kesihatan itu, beliau berkata selain memberi kesedaran kepada masyarakat umum, masyarakat berpeluang menzahirkan niat mereka mendaftarkan diri sebagai pengikrar penderma organ dan menderma selepas kematian.

"Sebab itu, kami mengadakan road show dan berusaha meramaikan lagi pengikrar dan individu yang sanggup mendermakan organ mereka untuk masa akan datang," katanya.

Mengikut statistik Pusat Sumber Transplan Nasional dari Januari hingga Ogos tahun ini, seramai 14,053 pengikrar telah mendaftarkan diri dengan golongan belia antara 21 hingga 40 tahun merupakan penyumbang terbesar iaitu 61 peratus, diikuti mereka yang berumur umur 41 tahun dan ke atas (22.52 peratus) dan golongan pelajar bawah 20 tahun (16.48 peratus). - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan