Umno Pusat Rancang Perkenal Calon Bertanding Ke Peringkat Bahagian

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno Pusat merancang untuk memperkenalkan semua calon yang akan bertanding pada pemilihan parti bulan depan kepada semua perwakilan di peringkat bahagian.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dengan cara itu semua perwakilan boleh mengenali calon-calon bertanding dengan lebih dekat.

"Mungkin kita boleh dapatkan semua calon ahli Majlis Tertinggi yang bakal bertanding. Sebagai permulaan kita (Umno Pusat) akan perkenalkan mereka supaya perwakilan di setiap bahagian mengenali siapa mereka," katanya pada sidang media selepas kaunter penyerahan borang pencalonan ditutup pukul 5 petang Sabtu.

Tengku Adnan berkata, setiap calon boleh berkempen tetapi mereka harus mematuhi etika parti yang telah ditetapkan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

"Kita telah menghantar satu pasukan, malah sudah ada individu turun padang untuk memantau apa yang berlaku sepanjang tempoh berkempen," katanya.

Jelas beliau, tindakan tegas akan diambil sekiranya mana-mana calon didapati melanggar etika parti sepanjang tempoh itu.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata, semua calon mempunyai tempoh selama 72 jam (tempoh bertenang) untuk menarik diri.

"Kita juga akan meneliti calon-calon, kalau kita lihat ada syarat tak cukup, maka dia akan digugurkan daripada bertanding," katanya.

Tengku Adnan berkata, senarai penuh calon yang layak bertanding akan diumumkan pada Rabu depan.

Mengulas mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden menang tanpa bertanding, beliau berkata keputusan itu menunjukkan Umno semakin matang, kukuh dan tidak berpecah belah.

"Mereka (perwakilan) membenarkan kepimpinan sedia ada, Presiden dan Timbalan Presiden dan menyedari kedua-duanya boleh menerajui parti dan juga negara," tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata, setakat pukul 5 petang Sabtu, sebanyak 261 borang pencalonan diterima bagi pemilihan parti pada Oktober.

Pemilihan bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan pada 12 Oktober manakala ahli Majlis Tertinggi, 19 Oktober serentak dengan pemilihan di peringkat Bahagian.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan