Tentera, KDN Bekerjasama Kesan Golongan Penghasut - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerinya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengesan golongan penghasut yang mahu mengeluarkan Sabah dari Malaysia.

Beliau berkata golongan tersebut yang menjalankan gerakan secara terbuka sejak beberapa tahun lepas dan bersembunyi semasa berlaku pencerobohan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini, kini dipercayai kembali aktif.

"Sekarang, apabila keadaan sudah aman selepas penceroboh kita halau keluar, golongan yang menyembunyikan diri semasa pencerobohan kelmarin bersuara semula dan melaungkan kembali kata-kata 'Sabah is for Sabahan' (Sabah untuk rakyat Sabah)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perarakan raksasa sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-80 di Dataran Merdeka di sini, Sabtu.

Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai gerakan hasutan itu yang dibuat melalui laman Facebook dan media sosial, yang dikatakan cuba menyemai kebencian penduduk Sabah terhadap Semenanjung Malaysia.

"Mereka yang nak polemikkan Semenanjung dan Sabah dan mempolitikkan sesuatu situasi, saya nak nyatakan, keselamatan dalam konteks ketenteraman awam dan konteks nyawa kedaulatan negara bangsa, kita tidak memilih bulu dan sentiasa konsisten dengan tanggungjawab kita," katanya.

"Mana-mana pihak yang hendak suruh Sabah keluar (dari Malaysia) perlu lihat bahawa yang terkorban dan gugur (dalam mempertahankan negeri itu dari pencerobohan pengganas Sulu) ialah polis dan tentera dari Semenanjung dan juga dari Sabah dan Sarawak. Ini bermakna kita tidak memilih tanggungjawab berdasarkan warna kulit dan keturunan," katanya.

Hishammuddin berkata, pencerobohan di Sabah pada Februari lepas, merupakan 'wake up call' kepada semua pihak termasuk rakyat Sabah untuk mereka terus yakin, bersatu dan menyokong kerajaan termasuk menyampaikan maklumat kepada tentera dan polis.

Menyentuh mengenai keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan abu mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa ke Malaysia, Hishammuddin berkata keputusan itu turut disokong pelbagai pihak terutama veteran tentera dan polis yang berjuang mempertahankan negara di zaman darurat.

"Saya nak nyatakan di sini dalam keghairahan pihak tertentu memainkan isu ini, kita jangan buta sejarah dan tanya pada veteran dan anggota keluarga mereka yang sudah korbankan air mata dan darah dalam mempertahankan negara," katanya.

Beliau berkata Chin Peng telah pun diberi peluang memohon kerakyatan antara tahun 1989 dan 1990, namun bertindak menolaknya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan