Shahrir Samad Dicabar Selepas 31 Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Selepas 31 tahun tidak dicabar sebagai Ketua Umno Bahagian Johor Baharu, kedudukan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai penyandang jawatan itu pada pemilihan parti kali ini berbeza.

Kali ini, veteran politik Umno itu akan dicabar oleh Ketua Cawangan Jalan Utama, Kampung Melayu Zulkifli Ismail bagi merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu.

"Saya positif (terhadap cabaran daripada Zulkifli) kerana ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ketika ini sesiapa sahaja boleh bertanding di dalam pemilihan Umno," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat pendaftaran calon-calon pemilihan Umno Negeri Johor di sini, Sabtu.

Kedua-dua borang pencalonan Ketua Umno Bahagian Johor Bahru bagi Shahrir, yang juga anggota Parlimen Johor Bahru dan Zulkifli dikemukakan oleh wakil masing-masing.

Menurut Shahrir, pemilihan parti di peringkat bahagian kali ini lebih terbuka dengan setiap anggota mempunyai kuasa untuk memilih calon yang mereka fikirkan terbaik untuk parti.

"Anggota parti kini berkuasa untuk membuat pilihan tanpa sebarang paksaan, sekatan, mereka kini bebas," katanya dan berharap calon yang terbaik akan menang jawatan Ketua Umno Bahagian Johor Bahru.

Kali terakhir Shahrir dicabar bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Johor Bahru adalah pada 1982.

Sementara itu pemilihan bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Pengerang bakal sengit apabila empat calon termasuk penyandangnya Datuk Azalina Othman Said disah akan bertanding.

Mereka yang berhasrat bertanding Ketua Umno Bahagian Pengerang selain Azalina adalah Mohamed Long yang merupakan bendahari bahagian, ketua cawangan Bandar Penawar Abdul Jalil Kahar dan Datuk Harun Abdullah, timbalan ketua bahagian.

"Saya terbuka dengan cabaran ini, saya tiada masalah dengan cabaran empat penjuru di bahagian. Terpulang kepada semua anggota bahagian untuk membuat pilihan mereka," kata Azalina ketika dihubungi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan