Proses Penamaan Calon Pemilihan Umno Dibuka

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proses penamaan calon pemilihan Umno 2013 dibuka di seluruh negara 8 pagi ini.

Proses penamaan bagi semua jawatan termasuk tiga sayap di peringkat pusat diadakan di ibu pejabat Umno di sini manakala peringkat bahagian termasuk tiga sayap di pejabat badan perhubungan Umno negeri masing-masing.

Proses itu tamat 5 petang ini.

Ini merupakan kali pertama Umno mengadakan pemilihan dengan kaedah baharu yang lebih telus dan demokratik ekoran pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Setelah proses penamaan itu selesai, tempoh bertenang selama 72 jam atau tiga hari diadakan bagi membolehkan Jawatankuasa Pemilihan menyemak kelayakan mereka yang ingin bertanding itu sebelum senarai calon diumumkan.

Proses pemilihan baharu itu turut memudahkan syarat bertanding dengan hanya perlu menjadi anggota Umno selama tiga tahun dan anggota jawatankuasa bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) selama sepenggal untuk bertanding jawatan MT.

Bagi pertandingan di peringkat bahagian, mereka hanya perlu menjadi anggota Umno sekurang-kurangnya tiga tahun.

Ini berbeza dengan syarat kuota tertentu yang diperlukan sebelum seseorang boleh bertanding jawatan MT sebelum ini.

Proses pengundian baharu pula memberi kuasa kepada lebih ramai anggota iaitu 146,500 anggota perwakilan dari 191 bahagian yang bertujuan antaranya menghapuskan gejala politik wang.

Pengundian ketiga-tiga sayap peringkat bahagian dan pusat akan diadakan 12 Oktober manakala pengundian peringkat bahagian dan MT pada 19 Oktober.

Perhimpunan Agung Umno 2013 akan diadakan di sini dari 2 hingga 7 Disember. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan