PM Ingatkan Tiada Salah Guna Kuasa, Politik Wang Dalam Pemilihan Umno

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menasihatkan semua anggota Umno supaya tidak menyalahgunakan kuasa, mengamalkan politik wang atau menyerang secara peribadi dalam usaha mendapatkan mana-mana jawatan dalam pemilihan Umno tahun ini.

Perdana menteri mengingatkan mereka supaya mengekalkan demokrasi dengan menjaga tata tertib dan kesopanan sepanjang masa berkempen.

"Nasihat saya bukan untuk jawatan naib presiden sahaja tetapi untuk semua jawatan, maknanya kita mesti jaga ketertiban, kesopanan dalam kempen-kempen secara beradab.

"Jangan guna wang dan juga salahguna kuasa, jangan menyerang peribadi dan sebagainya, ini semua kita akan tentukan garis panduan yang sesuai dan jawatankuasa disiplin akan meneliti perjalanan kempen kita," katanya pada sidang media sebelum berlepas ke Amerika Syarikat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Sabtu.

Turut hadir Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib berkata, tindakan tidak beretika oleh mana-mana pihak pastinya akan menjejaskan imej dan nama baik parti terbesar di negara ini yang juga merupakan parti keramat bagi orang Melayu.

"Saya berharap semuanya dapat berjalan dengan penuh adab, ketertiban dan menjaga imej parti kita supaya tidak tercalar dengan apa juga tindakan, perbuatan, pertuturan ataupun risalah kempen yang dilakukan mana-mana pihak sama ada dari calon sendiri ataupun penyokong calon," katanya.

Tegas beliau semua pihak perlu menghormati garis panduan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pengurusan dan jawatankuasa disiplin parti itu mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

"Kita meminda perlembagaan dengan tujuan tersebut (demokrasi) kalau tidak kita tidak menjadikan parti kita lebih terbuka seperti yang kita lihat hari ini berdasarkan perlembagaan baru.

Katanya, tindakan tanpa batas boleh merosakkan kepentingn parti, justeru beliau mengingatkan semua pihak supaya mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan, bagi menyuburkan amalan demokrasi.

"Melalui demokrasi, parti kita akan lebih disanjung tinggi oleh rakyat yang sentiasa memandang kepada perjalanan pertandingan dalam Umno. Sebagai parti terbesar dalam negara, sudah tentu ia akan menjadi penelitian rakyat jelata sepanjang kempen yang akan berlangsung selepas ini," katanya.

Pendaftaran bagi calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan Umno bulan depan diadakan secara serentak pada Sabtu di seluruh negara kecuali Sarawak yang tiada Umno. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan