Penyerahan Borang Pencalonan Umno Di Seluruh Negara Berjalan Lancar

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proses penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan Umno 2013 di seluruh negara berjalan lancar, setakat pukul 10 pagi ini.

Proses itu berlangsung di kebanyakan ibu pejabat Umno negeri masing-masing kecuali di bahagian Langkawi yang diberi pelepasan untuk melaksanakan proses berkenaan di tempat sendiri berikutan masalah logistik.

Di SABAH, penyokong dan wakil calon hadir seawal 8 pagi di ibu pejabat Umno negeri bagi menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Datuk Yusof Apdal menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Silam mencabar penyandangnya Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Di KELANTAN, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Baharu di pejabat Umno bahagian itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Negeri Kelantan Datuk Hasan Haron berkata setelah tamat tempoh penyerahan borang pukul 5 petang, kesemua borang pencalonan itu akan dibawa ke pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri untuk diproses.

Di KEDAH, Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Jerlun, selain Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang akan mempertahan jawatan Ketua Umno Bahagian Alor Setar.

Di SELANGOR, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Johan Abd Aziz menjadi orang pertama menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding Ketua Umno Bahagian Hulu Langat di Bangunan Umno Selangor di Shah Alam.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, wakil Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghantar borang pencalonan bagi pihaknya untuk pemilihan Umno Bahagian Putrajaya dan Jawatankuasa Umno Negeri Wilayah Persekutuan.

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, yang juga bekas Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar; Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dan Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani turut menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Di PAHANG, borang pencalonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Pekan diserahkan wakilnya, Setiausaha Umno bahagian itu Datuk Zainal Abidin Pa'Wan di Bangunan Umno Pekan.

Sementara itu di JOHOR, borang pencalonan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Pagoh diserahkan oleh setiausaha bahagian Datuk Abdul Aziz Hashim kira-kira 9 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Negeri Johor Abdul Rahman Sabri berkata proses penyerahan borang diadakan di dua dewan berikutan bilangan bahagian yang banyak di negeri itu.

Di PULAU PINANG, lebih 300 petugas menyumbang tenaga bagi memastikan proses penyerahan borang pencalonan di Politeknik Seberang Perai berjalan lancar.

Di PERLIS, Menteri Besar Azlan Man antara yang awal menyerahkan borang pencalonan di Dewan Residensi, Kangar. Azlan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Kangar.

Di PERAK pula, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, menghantar sendiri borang pencalonan untuk mempertahan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Lumut, di Dewan Jubli Perak.

Presiden Belia 4B Muammar Gaddafi Jamaluddin pula menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian Parit Buntar.

Berlaku sedikit kekeliruan kepada mereka yang ingin menyerahkan borang pendaftaran termasuk tercari-cari kaunter pendaftaran mengikut bahagian masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan