Pemilihan Umno: PM, TPM Cadang Pencalonan Masing-Masing - Berita Semasa | mStar

Pemilihan Umno: PM, TPM Cadang Pencalonan Masing-Masing

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing menjadi pencadang kepada pencalonan bagi pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno untuk pemilihan parti itu Oktober ini.

Kedua-dua penyandang jawatan tertinggi itu menyerahkan borang melalui wakil masing-masing tepat pukul 8 pagi selepas kaunter penyerahan borang pencalonan dibuka di aras lima Pusat Dagangan Dunia Putra pada Sabtu.

Borang pencalonan Najib diserahkan Setiausaha Politiknya, Datuk Khairun Aseh manakala borang pencalonan Muhyiddin juga diserahkan Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd Nardir Awang.

Sementara itu Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menjadi calon pertama menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan kedudukannya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan