Najib Dan Muhyiddin Berpakaian Tentera, Menaiki Kereta Kebal Ke Perarakan ATM

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perarakan raksasa sempena Hari Angkatan Tentera (ATM) ke-80 pada Sabtu membuka lembaran baharu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di lokasi dengan lengkap berpakaian tentera serta menaiki kereta perisai.

Kedua-dua mereka yang memakai uniform baharu ATM 'Loreng Digital' tiba berasingan dan menerima tepukan gemuruh penonton.

Najib menggunakan kenderaan perisai AFCV 8X8, kereta kebal terbaharu ATM, dan Muhyiddin yang tiba beberapa minit awal, menaiki kereta perisai model 8X8.

Kedua-dua pemimpin kemudian menerima tabik hormat daripada barisan pegawai dan anggota ATM sebelum diiringi Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin naik ke pentas utama bagi menyaksikan perarakan sempena ulang tahun ATM ke-80.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Perarakan sempena Hari ATM bertemakan 'ATM Perkasa Kedaulatan Terpelihara' itu melibatkan 5,370 pegawai dan anggota serta 200 aset meliputi cabang perkhidmatan darat, udara dan laut.

Acara kemuncak perarakan itu ialah aksi cemas menyelamat tebusan hasil gabungan pasukan khas ATM yang dipersembah menggunakan senjata dan bahan letupan sebenar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan