Mukhriz Sahkan Pencalonan Kelima Tanding Naib Presiden Umno

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir hadir menyerahkan sendiri borang pencalonan bagi jawatan Naib Presiden Umno pada hari penyerahan borang pencalonan Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan pencalonannya sebagai Naib Presiden Umno apabila menjadi calon kelima menyerahkan borang pencalonannya bagi pemilihan parti Oktober ini.

Mukhriz menyerahkan borang pencalonannya kira-kira pukul 3 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Sabtu.

Turut berada dalam senarai pencalonan ialah tiga penyandang jawatan itu iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selain empat tokoh itu, turut mencuba nasib bagi jawatan Naib Presiden ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan