Mazlan Tidak Mahu Minta Maaf Berhubung Isu Surat Misteri Babitkan Pemimpin Pembangkang

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Bekas calon Barisan Nasional Parlimen Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail tidak mahu melayan notis permohonan maaf yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung isu surat misteri membabitkan kedua-dua pemimpin tertinggi pembangkang itu.

Beliau menyifatkan notis permohonan maaf itu sebagai tidak masuk akal kerana beliau hanya meminta penjelasan daripada kedua-dua pemimpin itu berhubung perkara itu dan bukan membuat sebarang tuduhan.

"Saya menerima surat permohonan maaf yang bertarikh 5 September itu pada 8 September. Saya berasa amat hairan kenapa saya menerima notis tuntutan maaf daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh berhubung surat misteri 'bankleaks' berkenaan.

"(Sudah) berapa kali saya tegaskan saya hanya meminta penjelasan daripada mereka berdua. Saya mewakili hampir 6,000 pengundi Permatang Pauh yang menerima surat-surat tersebut, hanya minta penjelasan daripada mereka berdua. Mereka (pengundi) minta saya timbulkan perkara tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.

Mazlan berkata notis sama turut diserahkan kepada beberapa media arus perdana yang melaporkan isu berkenaan.

Pada Ogos lepas, Mazlan mendedahkan menerima kira-kira 6,000 surat bertajuk 'Bankleaks Anwar/Karpal' yang dihantar ke rumahnya mengaitkan Anwar dan Karpal dengan kes rasuah membabitkan institusi kehakiman dan Jabatan Peguam Negara.

Bagaimanapun, Anwar dan Karpal menafikan pendedahan kandungan surat berkenaan dan membuat laporan polis supaya satu siasatan dan tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa.

Mazlan berkata Anwar dan Karpal sepatutnya menyerahkan notis sama kepada 6,000 orang yang turut menerima surat misteri berkenaan.

"Tindakan Datuk Seri Anwar dan Karpal ini melambangkan sikap 'pilih bulu' mereka bila bercakap tentang integriti, keterbukaan dan keadilan. Saya telah menyerahkan semua salinan surat tersebut kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, beliau juga bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan susulan daripada pihak Anwar dan Karpal. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan