Dazma Shah Mahu Mantapkan Sayap Pemuda

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bakal calon muka baharu bagi jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Dazma Shah Daud berkata keputusan untuk merebut jawatan itu dibuat bagi memantapkan barisan sayap Pemuda.

Menurut beliau yang juga merupakan seorang usahawan, parti memerlukan calon berkriteria tinggi dan komited dalam menerajui pucuk pimpinan parti terutamanya persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Harapan saya sudah tentu untuk menempatkan diri dalam ruang kosong bagi jawatan tersebut yang ada pada hari ini supaya saya dapat membantu YB Khairy Jamaluddin dan barisan exco yang lain," katanya selepas menyerahkan borang pencalonan di sini, Sabtu.

Dazma Shah, 36, merupakan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Beliau juga memegang jawatan sebagai Setiausaha Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa (IKIAM).

Dazma Shah merupakan lulusan Ijazah Pendidikan (dengan Kepujian) Universiti of Warwick, United Kingdom pada 2010.

Dalam pada itu, turut menawarkan diri untuk merebut jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan adalah bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Pekan, Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad dan Naib Ketua Pemuda cawangan Subang Jaya Utama, Rahimi Abdul Karim.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan