Chin Peng Nyata Kekesalan Tidak Dapat Lihat Anak-Anak Membesar Dalam Nota Selamat Tinggal

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chin Peng
Chin Peng

BANGKOK: Salah satu kekesalan terbesar mendiang Chin Peng dalam kehidupannya apabila terlepas untuk bersama-sama anak-anaknya ketika mereka membesar.

Ini telah dinyatakan dalam satu nota selamat tinggal yang ditandatangani oleh bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu yang telah diterbitkan dalam buku peringatan yang bertajuk “In Everlasting Memory: Dare to Struggle, Dare to Sacrifice”.

Dalam surat itu Chin Peng berkata apa yang amat dikesalkan apabila dia telah diperkenalkan kepada anak-anaknya dalam tempoh kedewasaan mereka sebagai orang asing.

"Sejak saya menyertai PKM dan akhirnya menjadi setiausaha agungnya, saya telah menyerahkan seluruh rohani dan fizikal saya dalam perkhidmatan dengan berjuang untuk masyarakat yang lebih adil dan lebih baik berdasarkan idea sosialis.

"Saya menarik nafas lega dan selesa mengenai hakikat bahawa kedua-dua anak-anak saya bersedia untuk menjaga saya, seorang bapa yang tidak dapat memberikan mereka kasih sayang, kehangatan dan perlindungan keluarga sejak mereka lahir.

"Saya dapat memberikan kembali kasih sayang saya kepada mereka hanya selepas saya melepaskan tugas-tugas politik dan untuk orang awam, ironinya, hanya pada masa saya tidak mempunyai kehidupan sebagai bapa untuk diberikan kepada mereka," Chin Peng menulis dalam surat di bawah tajuk 'My Last Wish'.

Chin Peng berkata beliau dipujuk untuk meninggalkan surat itu berikutan laporan media yang salah pada Oktober 2011, yang membawa khabar angin mengenai kematiannya yang kononnya akan berlaku pada masa itu.

Chin Peng menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di sini awal minggu ini, hanya satu bulan sebelum menyambut ulang tahun ke-89.

Bekas anggota PKM yang bercakap kepada pemberita di tokong Wat That Thong, Bangkok, Sabtu mendakwa mereka tidak tahu bila atau di mana nota ini ditulis dan kemudian dijumpai.

Mereka membisu mengenai dua anak Chin Peng, yang dipercayai berada dalam lingkungan umur 60-an.

Lee Chong, yang diperkenalkan sebagai anak saudara pemimpin komunis itu juga enggan mendedahkan butir-butir mengenai hari-hari terakhir Chin Peng dengan mengatakan bahawa Chin Peng lebih gemar bersikap 'low-profile'

"Dari awal saya hanya mahu meninggal dunia secara senyap dan membiarkan saudara-mara saya mengendalikan hal-hal pengebumian secara privasi.

"Selepas semua yang berlaku, paling malang sekali apabila saya tidak dapat memberi penghormatan terakhir saya kepada ibu bapa saya yang dikebumikan di kampung halaman saya Sitiawan, malah saya juga tidak boleh menjejakkan kaki di tanah air tercinta yang mana saya dan rakan-rakan telah berjuang begitu keras untuk menentang penceroboh dan penjajah.

"Dalam analisis terakhir, saya hanya ingin dikenang sebagai seorang lelaki yang baik yang boleh memberitahu dunia bahawa dia telah berani menghabiskan seluruh hidupnya dalam mengejar cita-cita bagi mewujudkan dunia yang lebih baik untuk orang-orangnya," tulis Chin Peng yang mana mayatnya dijadualkan akan dibakar di Bangkok pada petang isnin.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan