Bakal Calon Ketua Pemuda Sumpah Laknat - Berita Semasa | mStar

Bakal Calon Ketua Pemuda Sumpah Laknat

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syed Rosli
Syed Rosli

KUALA LUMPUR: Bakal calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, mencetuskan ketegangan di ruang khas penyerahan borang pencalonan apabila mengadakan sumpah laknat secara terbuka di hadapan wakil media.

Pencabar Khairy Jamaluddin itu tampil dengan lantang bersumpah laknat untuk tidak mengamalkan rasuah dan politik wang jika dipilih menjadi Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti itu Oktober ini.

"Saya dengan ini bersumpah laknat untuk tidak mengamalkan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa.

"Saya berjanji akan menjadi seorang pemimpin yang bersih jika diberi peluang memimpin Pemuda Umno," katanya.

Syed Rosli yang juga Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka dalam Bahagian Pandan menjadi orang kedua menyerahkan borang pencalonan.

Sementara itu penyandang Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin merupakan bakal calon pertama menyerahkan borang melalui wakilnya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan