Sertai Politik Bukan Untuk Wujudkan Dinasti Dr Mahathir - Mukhriz

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (tengah) disambut oleh ketua-ketua UMNO bahagian Negeri Kedah selepas berucap dan mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding ke peringkat pusat pada majlis mempekenalkan calon-calon pemimpin UMNO Kedah ke Peringkat Pusat di Mentalon, Alor Setar, Kedah, pada Khamis. -fotoBERNAMA
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (tengah) disambut oleh ketua-ketua UMNO bahagian Negeri Kedah selepas berucap dan mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding ke peringkat pusat pada majlis mempekenalkan calon-calon pemimpin UMNO Kedah ke Peringkat Pusat di Mentalon, Alor Setar, Kedah, pada Khamis. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kehadiran beliau dalam politik negara bukan bertujuan untuk mewujudkan dinasti bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tetapi kerana minat beliau sendiri.

Katanya malah beliau pernah disekat daripada melibatkan diri dalam politik oleh bapanya ketika Dr Mahathir memegang tampuk kepimpinan negara dan Umno.

"Kalau benar beliau hendak wujudkan dinasti, awal-awal lagi semasa zaman beliau presiden parti dan perdana menteri (keempat) selama 22 tahun, beliau boleh menarik abang saya, (Datuk) Mokhzani dan saya untuk didedahkan kepada politik dan pentadbiran kerajaan.

"Saya akui "bin" saya memang menarik perhatian. Ia juga menaikkan saya ke satu imej tertentu kerana beliau (Tun Dr Mahathir) menjadi pemimpin untuk tempoh yang lama dan beliau masih ada sokongan yang tinggi. Saya seronok dapat meneruskan apa yang beliau perjuangkan tetapi saya ada idea-idea saya sendiri," katanya pada sidang media selepas mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Beliau mengumumkan hasratnya itu pada majlis memperkenalkan calon-calon dari Kedah bagi pemilihan Umno di peringkat pusat di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon di sini, Khamis. Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata ketika ini sudah ada di kalangan rakyat dan perwakilan Umno yang mula menilai keupayaan beliau sendiri untuk mentadbir dan memikir strategi demi kelangsungan parti.

Sementara itu, katanya beliau akan mengisi borang untuk bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Jerlun pada pemilihan bahagian itu setelah diberi laluan oleh penyandang Datuk Abu Hasan Sarif.

"Datuk Abu Hasan maklumkan saya bukan bertanding tetapi penyerahan jawatan daripada beliau kepada saya. Kami (Umno Kedah) percaya penuh kepada perpaduan kerana menerusi perpaduan kami memenangi semula negeri ini. "Beberapa daripada "kawasan" kami, saya akui wujud sedikit perpecahan sebelum ini tetapi menjelang pilihan raya umum lepas kami berjaya menyelesaikannya, dan mengenepikan semua perbezaan pendapat dan berjuang sebagai satu barisan bersepadu dan ianya membuahkan hasil," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan