Pengerusi Gerakan Gopeng Tawar Diri Tanding Pengerusi Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pengerusi Gerakan bahagian Gopeng, Dr Lee Chee Pheng pada Jumaat mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan pengerusi negeri pada pemilihan parti 6 Oktober ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi melakukan perubahan dalam parti agar terus relevan.

"Saya ingin bertanding bukan untuk kepentingan politik semata-mata. Sekarang adalah masa untuk memperkukuhkan parti selepas mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum lepas," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Katanya, sebagai sebuah parti berbilang kaum, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang layak memimpin mereka.

"Biar perwakilan yang memilih kerana parti mengamalkan sistem demokrasi," katanya.

Beliau berharap lebih ramai pemimpin muda yang berkebolehan diberi peluang menerajui parti.

"Tetapi kita masih memerlukan anggota parti yang telah lama berkhidmat dalam kepimpinan untuk berkongsi pengalaman mereka dan memberi bimbingan," katanya.

Pengerusi Gerakan Perak yang juga Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn sebelum ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan pengerusi Gerakan negeri pada pemilihan parti akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan