Pemain Industri Setuju Tidak Naikkan Harga Barang - Hasan Malek

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemain industri sepakat untuk tidak menaikkan harga barangan kerana kenaikan harga minyak baru-baru ini tidak memberi impak besar kepada kos pengeluaran mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, jaminan itu diberi oleh pihak industri kepada kementeriannya selepas mendapati kenaikan berkenaan masih boleh ditanggung industri.

"Pihak kementerian amat berterima kasih dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak industri dan ini menunjukkan walaupun berlaku pengurangangan subsidi minyak, mereka masih menyokong usaha kerajaan dengan tidak menaikkan harga barang bagi memenuhi kehendak rakyat," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pihak industri di sini, Jumaat.

Selain itu katanya sehingga kini terdapat 457 organisasi, syarikat dan persatuan bersetuju untuk menurunkan harga barangan keperluan pengguna.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kementerian itu menerima 80 aduan daripada orang ramai mengenai kenaikan harga barang sejak pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen pada 3 September lalu.

"Ini melibatkan aduan kenaikan harga makanan dan harga bukan makanan, gangguan bekalan petrol dan diesel, kenaikan harga barang kawalan, penutupan stesen minyak dan tiada tanda harga," katanya.

Menurut Hasan, kementeriannya berjaya menyelesaikan 34 daripada aduan terbabit manakala baki masih dalam siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan