Naib Ketua Puteri Akan Bertanding Exco Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahanim Mohd Yusof
Shahanim Mohd Yusof

ALOR SETAR: Naib Ketua Puteri Umno Shahanim Mohd Yusof akan bertanding jawatan Exco Wanita Umno dalam pemilihan pergerakan itu, sekali gus menamatkan spekulasi beliau akan bertanding jawatan Ketua Puteri.

Shahanim yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Sungai Petani berkata beliau membuat keputusan itu memandangkan pergerakan Wanita memerlukan lebih ramai pelapis.

"Saya fikir ini masa terbaik saya untuk bersama-sama dalam Wanita dan membantu untuk menambah lebih ramai ahli sebagai persediaan pada pilihan raya umum akan datang," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Memperkenalkan Calon Umno Kedah yang akan bertanding di peringkat pusat pada pemilihan Oktober ini di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon di sini, Khamis.

Calon lain yang disenaraikan bertanding dalam pergerakan Wanita ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Pendang Datuk Suraya Yaakob bagi jawatan Naib Ketua, Ketua Wanita Umno Kedah Datuk Maznah Abdul Hamid dan Naib Ketuanya Datuk Marlia Abdul Latif akan mempertahankan jawatan Exco Wanita manakala Ketua Wanita Umno Bahagian Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim akan bertanding Exco Wanita.

Calon bagi pergerakan Pemuda terdiri anak bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akramsyah Sanusi bagi jawatan Ketua Pemuda, Ketua Pemuda Bahagian Alor Setar Setar Datuk Zubir Zabidi bagi jawatan Pengerusi Tetap Pemuda manakala Anggota Jawatankuasa Pemuda Pokok Sena Kamarul Salleh, Bendahari Pemuda Bahagian Baling Mohamad Noor Mohamad Amin dan Dr Mohamad Nawar Ariffin akan merebut jawatan Exco Pemuda.

Calon untuk bertanding dalam pergerakan Puteri Umno terdiri Ketua Puteri Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu Norsabrina Mohd Nor bagi jawatan Naib Ketua manakala Ketua Puteri Kedah Datin Norasimah Md Nowar bagi jawatan Exco Puteri.

Senarai calon bagi bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) ialah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum manakala Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim akan mempertahankan jawatan MT.

Tan Sri Badruddin Amiruldin pula akan mempertahankan jawatan Pengerusi Tetap Umno. Sementara itu, Suraya yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani dan Pembangunan Usahawan Kedah berkata perwakilan perlu memilih calon berkebolehan dan mempunyai kredibiliti yang mampu membawa perubahan dalam sayap Wanita.

Suraya berkata anggota Wanita negeri memberi sokongan padu kepadanya untuk bersama-sama membawa transformasi dalam sayap itu sekali gus dapat menarik lebih ramai wanita untuk menyertai parti.

Norsabrina, 34, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Negeri berkata beliau yakin semua calon Puteri akan bertanding secara sihat.

"Dalam mesyuarat terakhir Puteri bersama Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin kita janji akan buat persaingan yang paling sihat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan