Muhyiddin Nafi Kedatangan Obama Ke Malaysia Untuk Memeterai TPPA

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia Oktober ini untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Terdapat pihak yang mendakwa kedatangan Obama ke Kuala Lumpur bulan hadapan adalah untuk memeterai perjanjian TPPA, dan perkara ini tidak akan berlaku," katanya pada sesi dialog sempena Majlis Ramah Mesra bersama warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Khamis.

Beliau berkata kerajaan memerlukan masa memandangkan masih banyak pihak yang ingin mengemukakan pandangan mereka mengenai TPPA, dan tidak boleh diketepikan.

Muhyiddin berkata tidak ada satu tempoh jangka masa tertentu bagi kerajaan untuk membuat keputusan membabitkan perjanjian tersebut.

"Proses rundingan masih berjalan, dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa melakukan pertemuan dengan pelbagai pihak," katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata ini termasuk pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menyatakan TTPA tidak menguntungkan Malaysia.

"Kita ambil pandangan tersebut sebagai sesuatu yang penting, dan kerajaan juga mementingkan apa sahaja yang akan memberi keuntungan kepada Malaysia," katanya. "Ini yang kita minta pelbagai pihak untuk membuat penilaian dari segi analisis manfaat kos, dengan setiap sektor yang terlibat dalam TPPA, dinilai dari segi faedah kepada negara," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan juga akan menolak perjanjian tersebut sekiranya ia boleh mengancam kedaulatan negara kerana seharusnya hak untuk menentukan masa depan negara tidak boleh dipengaruhi pihak luar. "Jadi, sekiranya melalui rundingan tersebut terdapat perkara-perkara yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita, maka seharusnya kerajaan membuat keputusan yang tepat tentang perkara itu," tegas Muhyiddin. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan