Hampir 100,000 Anggota Perwakilan Pilih Pimpinan Wanita Umno

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir 100,000 anggota perwakilan Pergerakan Wanita Umno di seluruh negara akan memilih pucuk pimpinan sayap itu menerusi kaedah baru pada 12 Oktober ini, yang pertama kali dilakukan selepas pindaan perlembagaan parti.

Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman berkata, mereka meliputi lima anggota terdiri daripada ketua, naib, setiausaha dan dua anggota dari setiap cawangan Wanita.

"Wanita Umno mempunyai lebih 19,000 cawangan dari 191 bahagian di seluruh negara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Selain itu, beliau berkata kira-kira 30,000 anggota perwakilan Wanita Umno akan mengundi pada pemilihan barisan tertinggi parti termasuk presiden, timbalan presiden, naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi (MT) pada 19 Oktober.

Setiap ketua Wanita cawangan secara automatik turut layak mengundi.

Pendaftaran pencalonan di peringkat Bahagian, pergerakan sayap dan MT dibuka pada Sabtu lepas dan berakhir 4 petang Jumaat.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Wanita Umno, Datuk Rosni Sohar berkata, mengikut sistem 'Electoral College', undi akan dikira seperti satu bahagian bermakna satu undi diterima oleh setiap calon, mengikut kiraan tertinggi.

"Semua pertandingan dan pengiraan undi dijangka mengambil masa enam jam dan akan dibuat di bahagian masing-masing. Kemudian keputusan akan dikumpul dan diumumkan di ibu pejabat Umno sama ada pada hari sama atau keesokannya," katanya.

Calon bagi jawatan ketua dan naib ketua Wanita mesti menghantar wakil masing-masing ketika proses pengiraan undi supaya mereka berpuas hati dengan perjalanannya.

Beliau berkata, pindaan Perlembagaan parti itu memberi peluang kepada semua peringkat untuk memperkasa Umno termasuk membuka ruang kepada lebih ramai anggota muda untuk bertanding.

Setakat ini, Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan akan dicabar anggota Umno seumur hidup Raihan Suleiman Palestin.

Sebaliknya, anggota Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga bekas Ketua Puteri Umno yang sebelum ini menguar-uarkan mahu mencabar Shahrizat, akan bertanding jawatan anggota MT.

Sementara itu, jawatan naib ketua Wanita besar kemungkinan menyaksikan pertembungan antara Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun dan anggota Exco Wanita Datuk Suraya Yaacob.

Tarikh mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian serta pemilihan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno diadakan serentak pada 12 Oktober.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan di peringkat Bahagian, pemilihan anggota MT dan wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung Umno 2013 pula diadakan serentak pada 19 Oktober. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan