Abdul Rahim Ambil Alih Tugas Timbalan Ketua Polis Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Abdul Rahim Jaafar.
Datuk Abdul Rahim Jaafar.

SHAH ALAM: Polis Selangor mengalu-alukan kehadiran Datuk Abdul Rahim Jaafar sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor yang baharu, mengambil alih tugas Datuk A.Thaiveegan secara rasminya pada Jumaat.

Sebelum ini Abdul Rahim berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor.

Dalam ucapannya, Abdul Rahim berjanji untuk membantu Ketua Polis Selangor yang baharu, Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam membendung kegiatan jenayah.

"Menjadi orang yang memegang jawatan nombor dua di Selangor adalah satu cabaran besar.

"Saya akan menggunakan segala pengalaman untuk menjamin keselamatan rakyat di Selangor," katanya.

Sementara itu, Mohd Shukri Dahlan yang menyaksikan majlis serah tugas itu yakin Abdul Rahim akan memberikan khidmat terbaik di Selangor.

"Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Datuk Rahim.

"Kami berdua masih lagi baru di negeri ini tetapi saya yakin kami akan membentuk gandingan yang mantap," katanya.

Thaiveegan yang dipindahkan ke Pulau Pinang sebagai Timbalan Ketua Polis negeri itu berkata, adalah satu penghormatan berkhidmat di Selangor sejak 2009 hingga tahun ini.

"Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pengganti saya dalam menjalankan tugasnya," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan