Tiada Projek Sulit Beri Taraf Warganegara Kepada Rakyat Asing di Sabah - Najib

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tiada projek sulit oleh kerajaan berhubung pemberian taraf kewarganegaraan kepada warganegara asing di negara ini.

Malah, tegas beliau kewarganegaraan diberikan mengikut proses undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan, dan negara-negara lain juga menawarkan proses kewarganegaraan mengikut syarat masing-masing.

"(Perdana Menteri keempat) Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjawab dengan terang dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) bahawa tidak ada ada apa-apa projek sulit yang kita (kerajaan) lakukan.

"Apa pun yang jadi (dapat taraf) warganegara negara ini mengikut proses undang-undang negara berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Tetapi kalau nak kata satu projek sulit, itu tidak benar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan Middle Temple 2013 di sini, Khamis.

Najib berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung keterangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini bahawa kerajaan di bawah pimpinannya (Najib) mengetahui mengenai pemberian taraf kewarganegaraan itu.

Berhubung Ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng, Najib menafikan bahawa kerajaan tidak memberi peluang kepada Chin Peng untuk pulang ke negara ini sebelum beliau meninggal dunia.

Perdana Menteri berkata beliau telah menyemak Perjanjian Hatyai 1989, dengan kerajaan telahpun memberi peluang kepada Chin Peng untuk memohon kewarganegaraan negara ini dalam tempoh setahun tetapi beliau enggan berbuat demikikan. "Chin Peng tidak melakukan apa-apa tindakan ke arah untuk menjadi warganegara. Dengan ini, maka haknya sudah luput," tegasnya.

Kepada soalan sama ada kerajaan boleh bertindak berdasarkan "kemanusiaan" untuk membawa pulang mayat Chin Peng, yang meninggal dunia di Bangkok, Thailand pada Isnin lepas, ke negara ini, Najib berkata negara mempunyai pendapat berbeza mengenai perkara itu.

"Tetapi (kita) jangan lupa dengan mangsa-mangsa komunis, mereka amat emosional dengan apa yang telah berlaku. Berapa ramai orang yang telah mati, dan begitu ramai yang cedera, begitu ramai yang hilang mata pencarian, ia (pasti akan) menjadi perkara yang amat emosional sekiranya kami (kerajaan) membawa pulang mayat mendiang," katanya.

Kepada soalan lain bahawa kerajaan tidak mengendahkan sumbangan Chin Peng dalam menentang British semasa era penjajahan, Najib berkata: "Tidak, anda perlu pertimbangkan itu dengan hakikat bahawa beliau bertanggungjawab bagi pembunuhan beribu-ribu askar, polis dan orang awam. Ia perlu dilihat dalam konteks ini."

Ditanya sama ada rakyat Malaysia boleh memberi penghormatan terakhir ke atas mayat Chin Peng di Bangkok, Najib berkata itu adalah hak individu untuk berbuat demikian.

"(Bagaimanapun) kita tidak beri penghormatan terakhir ke atas mereka yang bertanggungjawab bagi kematian beribu-ribu orang. Jika anda lihat itu dalam konteks bagaimana Amerika melayani Osama bin Laden, anda dapat lihat bahawa Chin Peng mati kerana sakit tua.

"Osama bin Laden telah diburu, dan beliau telah dibunuh dan jenazahnya dibuang ke laut. Itu yang telah dilakukan Amerika dalam kes Osama bin Laden," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan