SPAD Perlu Lebih Masa Siapkan Kajian Kadar Tambang Teksi

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengakui memerlukan lebih masa untuk menyiapkan kajian berhubung kadar tambang teksi di seluruh negara.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata walaupun ia bertujuan bagi meningkatkan taraf hidup pemandu teksi serta menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam itu, SPAD tidak boleh membuat keputusan secara tergesa-gesa kerana ia melibatkan pelbagai pihak dengan setiap keputusan membawa kesan tertentu.

"Kita tak boleh buat keputusan cepat, SPAD juga menerima pelbagai cadangan dan memorandum berhubung kadar tambang teksi. Selepas perjumpaan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) nanti kita akan beri maklum balas.

"Kalau SPAD boleh buat keputusan sendiri mungkin akan cepat tetapi ia akan ada kesan lain, oleh sebab itu kita akan putuskan kepada kerajaan untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian baucer tayar 1Malaysia (TR1Ma) kepada pemandu teksi di sini, Khamis.

Sebelum ini, Syed Hamid berkata kajian semula kadar tambang itu kini hampir di peringkat akhir dan SPAD berharap dapat membentangkannya kepada kerajaan menjelang akhir tahun. Kali terakhir kajian semula itu dibuat adalah pada tahun 2009.

Sementara itu, mengulas mengenai kadar tambang teksi di negeri ini beliau berkata teksi di Pulau Pinang agak berbeza berbanding tempat lain kerana kebanyakan penumpang teksi di negeri ini terdiri daripada pelancong asing.

"Bagi mereka ini (pelancong asing) kadar tambang teksi yang dikenakan itu masih murah, jadi mereka tidak berkira, lagi pun teksi di sini menggunakan petrol dan bukan gas NGV seperti di kebanyakan tempat seperti di Kuala Lumpur. Oleh sebab itu kadar tambangnya berbeza sedikit," katanya.

Bagaimanapun katanya SPAD akan berusaha untuk menyelesaikan semua masalah berhubung kadar tambang teksi agar kedua-dua pihak iaitu pengguna dan pemandu teksi mendapat manfaat.

Sementara itu, beliau berkata setakat 16 Sept 2013 nilai keseluruhan baucer yang telah dikeluarkan untuk pemandu teksi di seluruh negara ialah RM25.3 juta membabitkan 48,705 penerima.

Setakat ini 1,750 pemandu teksi di Pulau Pinang telah menerima baucer itu.

Hanya 18.3 peratus daripada 2,135 pemandu teksi yang berdaftar di Pulau Pinang masih belum memohon baucer TR1Ma bagi fasa kedua.

Beliau juga menasihatkan agar pemandu teksi yang belum membuat permohonan itu supaya segera berbuat demikian tanpa menunggu saat akhir penukaran tayar kerana semua baucer perlu ditebus sebelum 30 September ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan