Shahrizat Tidak Dipanggil Bantu Siasatan Isu Dana 1Azam

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mengesahkan yang beliau tidak dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam).

Shahrizat yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, beliau mengalu-alukan siasatan SPRM berhubung perkara berkenaan.

"Saya alu-alukan siasatan SPRM, kita mesti biar SPRM jalankan siasatan mengikut lunas undang-undang.

"Biar mereka ambil tindakan yang sewajarnya...eloklah macam itu," katanya lagi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan media berhubung pengakuan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Suhaimi Ibrahim yang mengakui telah disoal siasat oleh SPRM bersama enam yang lain untuk membantu mengenai kes penyelewengan dana 1Azam itu.

Dana 1Azam merupakan projek di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Suhaimi bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik 10 kenderaan termasuk kereta mewah seperti dilaporkan secara meluas oleh media massa.

Beliau telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 selepas ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan