Shahrizat Dijangka Ulas Isu Seleweng Dana 1Azam Petang Ini

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka akan mengulas mengenai kes penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) menerusi sidang media khas pada petang Khamis.

Shahrizat yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dipercayai akan menjawab pelbagai persoalan mengenai penyelewengan dana tersebut.

Sebelum ini media melaporkan bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri, Datuk Suhaimi Ibrahim mengakui beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama enam yang lain untuk membantu siasatan mengenai kes penyelewengan dana 1Azam.

Suhaimi yang sebelum ini berkhidmat untuk Shahrizat bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik 10 kenderaan termasuk kereta mewah seperti dilaporkan beberapa media.

Menerusi reaksi ringkas Shahrizat pada Rabu, beliau menyatakan keyakinan dengan kewibawaan dan kredibiliti SPRM berhubung siasatan terhadap projek penyelewengan dana 1AZAM.

Menurut Shahrizat siasatan berkenaan menunjukkan bahawa SPRM sentiasa telus menjalankan tugasnya sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali.

Media sebelum ini melaporkan, seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri Kabinet dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 selepas ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana program 1Azam dengan 10 buah kenderaan mewah turut dirampas.

Individu itu kemudiannya dibebaskan selepas diambil keterangan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan